18 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya sebagai penolong setiausaha KRT Kampung Assaykirin Fasa 1 ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin dari kami JKKK dan KRT Kampung Assyakirin Fasa 1. Kami akan mengadakan aktiviti pada bulan syawal ini di Kampung Assyakirin Fasa 1...

04 October 2009

'Majlis Belanggar' adalah satu tradisi masyarakat melanau di dalam negeri sarawak. Ia telah diadakan setiap menjelangnya perayaan Hari Raya Aidilfitri.Ia merupakan aktiviti yang di lakukan untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara penduduk di dalam kampung. Sempena itu, ia di jalankan pada musim perayaan bagi memeriahkan lagi bulan yang penuh kesyukuran iaitu Syawal. Pelbagai aktiviti di jalankan sepanjang 'Majlis Belanggar' berlangsung.

18 August 2009

Peta Lokasi Kampung Assyakirin

Motto & Logo Kampung Assyakirin Fasa 1


Maksud logo :


BENTUK LUARAN SEGITIGA :

Memberi pengertian bahawa Kampung Assyakirin terbahagi kepada 3 Fasa dan ianya
menjulang ke atas memberi makna bahawa kita berhasrat untuk menjadi juara dengan satu matlamat.


ASSYAKIRIN SATU :

Kawasan dimana JKKK ini berfungsi iaitu di Kampung Assyakirin Fasa 1

HIJAU: Agama Islam yang dianuti oleh seluruh penduduk setempat

KUNING : Penduduk setempat peka serta taat kepada Agama, Raja dan Negara

BIRU : Keharmonian Para penduduk setempat dan saling membantu



MAJU KE DEPAN



Slogan yang bermaksud bahawa penduduk setempat berhasrat untuk terus maju didalam arus kemajuan dan kesejahteraan hidup penduduk.

Sejarah Kampung Assyakirin


Kampung Assyakirin adalah sebuah kawasan penempatan semula yang telah menempatkan semula penduduk-penduduk dari beberapa buah kampung asal yang begitu padat dengan jumlah penduduknya. Antaranya ialah Kampung Sebiew, Kampung Datuk, Kampung Masjid, Kampung Sinong dan Kampung Jabai. Kampung Assyakirin yang terletak 3 KM dari pusat Bandar Bintulu ini mula di jadikan lot penempatan semula pada tahun 1986 hasil daripada pembinaan sebuah Masjid Bahagian Bintulu yang baru iaitu Masjid Assyakirin. Oleh yang demikian maka Kampung Assyakirin telah di namakan sempena nama Masjid Assyakirin yang secara kebetulannya berdekatan dengan kawasan kampung dan seratus peratus penduduknya beragama islam. Memandangkan masjid yang sedia ada terletak agak jauh dari Fasa 1 maka pihak JKKK dan penduduk Kampung telah bergotong-royong membina sebuah surau yang di beri nama Surau Darul Syakirin. Ini bagi memudahkan penduduk kampung, khususnya Fasa 1.

Kampung Assyakirin ini di bahagi kepada tiga Fasa, iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Untuk memudahkan pentadbiran dan urusan kampung maka tiga orang ketua kaum ( Ketua Kampung ) telah dilantik untuk mentadbir setiap Fasa dan membentuk ahli JKKK masing-masing bagi melicinkan lagi setiap program yang dirancangkan oleh kerajaan dan badan NGO untuk masyarakat setempat. Kedudukan Fasa 1 agak strategik memandangkan ianya berada di tengah antara kedua-dua Fasa 2 dan 3. Sehubungan dengan itu jalanraya dan prasarana yang lain seperti bekalan air paip, bekalan lektrik, parit, balai raya dan kemudahan sukan telah di binakan untuk kemudahan penduduk kampung.
Di sepanjang Kewujudan Kampung Assyakirin, banyak aktiviti peringkat negeri, bahagian dan daerah telah diadakan, antaranya ialah majlis berambeh bersama TYT Yang Di-pertua Negeri Sarawak dan YAB Ketua Menteri Sarawak, Forum Perdana dan program keluarga angkat anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Dari segi pendidikan sebuah Tadika Hikmah telah didirikan di kawasan Kampung Assyakirin Fasa 1 untuk menerapkan asas-asas pendidikan agama Islam diperingkat awal pra-sekolah. Untuk kanak-kanak sekolah rendah pula sebahagiannya telah bersekolah di SK Assyakirin dan SK Agama dan bagi pelajar Sekolah Menengah pula, kebanyakan nya bersekolah di SMK Bintulu, kerana sekolah-sekolah ini berdekatan dengan Kampung ini.

Profail kampung assyakirin....


Nama Kampung Induk : KAMPUNG ASSYAKIRIN.

Nama-nama Kampung Rangkaian :
1. Kampung Assyakirin Fasa 1
2. Kampung Assyakirin Fasa 2
3. Kampung Assyakirin Fasa 3

Alamat Surat – Menyurat :
Lot 2565, Jalan Bunga Raya,
Kampung Assyakirin Fasa 1,
97000 Bintulu,
Sarawak,Malaysia.