18 August 2009

Sejarah Kampung Assyakirin


Kampung Assyakirin adalah sebuah kawasan penempatan semula yang telah menempatkan semula penduduk-penduduk dari beberapa buah kampung asal yang begitu padat dengan jumlah penduduknya. Antaranya ialah Kampung Sebiew, Kampung Datuk, Kampung Masjid, Kampung Sinong dan Kampung Jabai. Kampung Assyakirin yang terletak 3 KM dari pusat Bandar Bintulu ini mula di jadikan lot penempatan semula pada tahun 1986 hasil daripada pembinaan sebuah Masjid Bahagian Bintulu yang baru iaitu Masjid Assyakirin. Oleh yang demikian maka Kampung Assyakirin telah di namakan sempena nama Masjid Assyakirin yang secara kebetulannya berdekatan dengan kawasan kampung dan seratus peratus penduduknya beragama islam. Memandangkan masjid yang sedia ada terletak agak jauh dari Fasa 1 maka pihak JKKK dan penduduk Kampung telah bergotong-royong membina sebuah surau yang di beri nama Surau Darul Syakirin. Ini bagi memudahkan penduduk kampung, khususnya Fasa 1.

Kampung Assyakirin ini di bahagi kepada tiga Fasa, iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Untuk memudahkan pentadbiran dan urusan kampung maka tiga orang ketua kaum ( Ketua Kampung ) telah dilantik untuk mentadbir setiap Fasa dan membentuk ahli JKKK masing-masing bagi melicinkan lagi setiap program yang dirancangkan oleh kerajaan dan badan NGO untuk masyarakat setempat. Kedudukan Fasa 1 agak strategik memandangkan ianya berada di tengah antara kedua-dua Fasa 2 dan 3. Sehubungan dengan itu jalanraya dan prasarana yang lain seperti bekalan air paip, bekalan lektrik, parit, balai raya dan kemudahan sukan telah di binakan untuk kemudahan penduduk kampung.
Di sepanjang Kewujudan Kampung Assyakirin, banyak aktiviti peringkat negeri, bahagian dan daerah telah diadakan, antaranya ialah majlis berambeh bersama TYT Yang Di-pertua Negeri Sarawak dan YAB Ketua Menteri Sarawak, Forum Perdana dan program keluarga angkat anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Dari segi pendidikan sebuah Tadika Hikmah telah didirikan di kawasan Kampung Assyakirin Fasa 1 untuk menerapkan asas-asas pendidikan agama Islam diperingkat awal pra-sekolah. Untuk kanak-kanak sekolah rendah pula sebahagiannya telah bersekolah di SK Assyakirin dan SK Agama dan bagi pelajar Sekolah Menengah pula, kebanyakan nya bersekolah di SMK Bintulu, kerana sekolah-sekolah ini berdekatan dengan Kampung ini.

No comments: